" Salam, dah sampai ke blum? Nape x msg mak..mak pon pandai bace.."
Tersentap bila baca mesej macam ni. Lagi la dari orang yang dicintai. As far as I'm concern, mak aku tak pandai nak bermesej bagai, call jer yang dia taw, tu pon terkial-kial. Inikan pula nak bersms.
Dapat je sms, terus aku call mak aku..
Mahu menjelaskan segalanya.
![]() |
| Jangan marah ye mak..^^ |
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih anak? anak-anak fikir la sendiri. Terasa seperti aku ini anak yang alpa pada kasih sayang mereka. Berilah seribu alasan sekalipun, belum tentu ianya dapat menggantikan dan memadam kerisauan ibu pada anaknya. Kerana mereka mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah.



