21 Mac 2013
20 Mac 2013
F.U.*K TU APA?
Kejadian ini berlaku petang tadi waktu Malaysia 2.40 p.m
"Fu*k!" tone yang keluar dari mulut JB(bukan nana sebenar,JB ialah peminat Justin Bieber)
Kata tersebut ditujukan kepada Gong Yoo (bukan nama sebenar, orang ckp muka dia macam Gong Yoo).
Kesian,tak pasal-pasal kena maki free.
19 Mac 2013
2 HARI AWAL apa de hal
14/3/2013
" kAK! Dah pukul 1.30 p.m..tak nak bangun ke?" kejut afni, my roomate
Aku dalam keadaan mamai menggelengkan kepala, lalu aku sambung tidur semula.
"Kak! ada orang datang la.." Kejut Afni
Aku menoleh ke arah pintu, kulihat ada bayangan orang berdiri di depan pintu. Tidak pasti siapa lalu aku sambung tidur balik. Siapa tak nak tidor waktu macam ni kan. Enaknye. Memberi lebih perhatian pada keenakan tidur dari kedatangan tetamu diluar pintu.
| mereka orangnya |
Kali ni lagi ramai dan kuat suara kedengaran. Segerombolan manusia meluru maruk dari arah pintu. Aku kembali ke dunia nyata. Duduk sebentar bertalaqi di atas katil. Siapakah mereka? Macam kenal jer..
18 Mac 2013
APABILA EMAK PANDAI BER'SMS'
" Salam, dah sampai ke blum? Nape x msg mak..mak pon pandai bace.."
Tersentap bila baca mesej macam ni. Lagi la dari orang yang dicintai. As far as I'm concern, mak aku tak pandai nak bermesej bagai, call jer yang dia taw, tu pon terkial-kial. Inikan pula nak bersms.
Dapat je sms, terus aku call mak aku..
Mahu menjelaskan segalanya.
![]() |
| Jangan marah ye mak..^^ |
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih anak? anak-anak fikir la sendiri. Terasa seperti aku ini anak yang alpa pada kasih sayang mereka. Berilah seribu alasan sekalipun, belum tentu ianya dapat menggantikan dan memadam kerisauan ibu pada anaknya. Kerana mereka mempunyai darjat yang tinggi disisi Allah.
12 Mac 2013
Sistem yang mensistemkan
''I want student from this row change to the front row...'' tiba-tiba suatu arahan dikeluarkan oleh pensyarah
''Then, student at my left side move to the other side..'' dia memberi arahan lagi
Dalam masa yang singkat suasana di dalam kelas menjadi caca merba dan riuh rendah Masing-masing hanya memikirkan matlamat akhir iaitu duduk mengikut tempat yang diarahkan. Terpinga-pinga juga apabila satu arahan dikeluarkan secara tiba-tiba.
Setelah selesai segala perubahan yang dilakukan, Satu soalan telah diajukan kepada kami..
" What is SYSTEM? "
"Sistem is a process.." sampuk Susanto (bukan nama sebenar)
" SYSTEM is a component of networking.." kata Gusti Aryan seorang pelajar yang menjalankan perniagaan MLM
"SYSTEM is a revolution.." bicara Suriati pengemar budaya
krikk..krikk..krikk...kesan bunyi cengkerik menandakan tiada respon diberikan
7 Mac 2013
SUNNAH YANG DITINGGALKAN
Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
1 Mac 2013
Aku bARU tAW matluthfi90 ada Blog..
Assalamualaikum w.b.t,
Aku baru tahu matluthfi ada blog sendiri. Tu pu dapat taw masa tengah 'godeh-godeh' twitter account.Aku ada twitter tapi tak taw nak update status caner.
So sampai sekarang tak pandai lagi. Disebabkan aku bukanlah orang twitter or facebook. So, itu bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu.
Itujelah yang aku nak sampaikan untuk entry kali ini. Nak bagi taw yang aku baru tahu Matluthfi ada blog.
"Oii orang kampung! Aku baru je taw budak ni ada blog!!..(tetiba je)
Sape yang tak taw siapa matluthfi, nilah dia mamat tu. Nampak innocent kan? tapi confirm tak punyer.
Kalau nak taw blog dier, cari sendiri ye. Aku tak sign lagi tok jadi P.A or promoter utk dia. Aku hanya berminat dengan video yang dihasilkan olehnya.
Tu je yang aku nak bagitaw, tak pentig pon kan. Klau jawab xm bukan dia boleh tolong pun..
D~aa~`
MIAT
20 Rabiulakhir 1434
2/3/213
2 Februari 2013
JANGAN SALAHKAN IBU MENGANDUNG
"Ni semua salah mak Cici la"
"Cici dibesarkan di kalangan perempuan sahaja. Belajar pun kat sekolah perempuan. After 21 tahun baru la Cici kenal dan bergaul dengan lelaki. So it's hard for me to get to know men better" sambungnya
Aku hanya mendengar luahan rasa seorang kawan yang menghadapi kirsis rumah tangga yang tidak siap. Masalah boyfreind and girlfriend yang tidak berkesudahan. Agak memeranjatkan apabila nama ibu dinaikkan sebagai asbab kesalahannya.
Langgan:
Catatan (Atom)



