24 Oktober 2012

SELAMAT BER'EXAM' wahai PARA PENIRU


PMR sudah selesai,

UPSR jauh sudah ditinggalkan,

Tetapi..

Tidak pula bagi SPM, 

Masih ada masa buat persiapan,

All the best to all participant..


Tak lupa juga kepada warga MIAT yang kini sedang hangat mengharungi kuiz dan test . Semoga mendapat kejayaan yang diharapkan. Dalam pada diri menempuh liku-liku hidup sebagai pelajar, fasa kritikal seperti kuiz dan test, adalah suatu fasa yang menjengkelkan. Ada beberapa perkara yang sering terjadi dan selalu dibuat oleh sang pelajar. Perkara ini boleh dijelaskan melalui perbualan seperti dibawah:

Seusai kelas 'Law of Contract', Madonna (bukan nama sebenar) mendekati Madhuri (bukan nama sebenar) yang duduk di sebelahnya. Sepertinya Madonna ingin menuturkan sesuatu kepada Madhuri.

" Kak Madhuri, tadi masa saya habis jawab exam saya terus keluar la kan, otw keluar tu saya nampak ramai budak yang buka buku meniru kak.." kata Madonna kepada Madhuri

Happy Fasing & Eid Adha Mubarak


Abu Qatadah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim : 1983]




16 Oktober 2012

ABAHKU YANG OSEM!


" Cubalah kalau keluar nak pergi mana-mana bagi tahu mak or abah, kalau jadi ape-ape macam maner. Abah bukan marah kat korang, dia marah mak..mak yang kena" Marah mak aku pada aku.

Itu antara dialog yang mak aku selalu guna kalau dia marah kat anak-anaknya. Mak dan abah aku mempunyai 2 perwatakan yang berbeza. Mak aku seorang yang outspoken dan lazer. Biasalah kan cikgu. Mestilah garang. Abah pulak seorang yang pendiam.  


Jarang aku nampak abah marah pada aku adik beradik. Last time aku nampak abah marah gila-gila masa umur aku 6-7 tahun. Masa tu dia marah adik lelaki aku yang balik tengah malam. Dia amik meja kopi nak baling kat adik aku. Kami adik beradik just tengok dari bilik. Nasib baik la mak aku ada kat situ. Kalau tak maunye merasa meja terbang dari abah. Macam dalam tv pon ade.

"Abang! dah la tu, istighfar banyak-banyak." Sambil meluru ke arah abah aku lalu memegang meja yang hendak dibaling. 

9 Oktober 2012

AWAS BLOGGER WANITA ANDA DIPERHATI!

ooh..hoo..


Seandainya itu yang berlaku, Apa yang anda perlu lakukan wahai wanita blogger?

Satu: Wat derk je la. Ade aku kesah.

Dua: Bersedia dengan kemungkinan yang datang. Post something yang 'bombastik' lagi artistik. Promote blog ler.

Tiga: Mencari kaedah untuk mengetahui siapakah empunya diri yang memerhati. Bomoh? menggunakan kuasa psikik?

Empat: Berdoa agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Lima: Menari 'gangnam style' tanda suka ada yang memerhati.

Enam: Sedang berfikir nak buat ape.

25 September 2012

AKU MAAFKAN KAMU





Pagi tadi,

................

"Kak ipa, farah nak minta maaf ye kalau fara ada terkasar bahasa.." lontaran kata dari farah yang agak mengelirukan dan secara tiba-tiba

"Nape pulak nak mintak maaf? rasenye tak ada kasar pon bahasa farah.." aku mencari kepastian

"Ala..ada, nanti la kite cerita, time Fiez tak ade ea.." balasnya sambil menunding jari ke arah Fiez. Mungkin kurang selesa dengan kehadirannya.

" Ok, bila free la ye..ape pun akak maafkan da, akak pun nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa kat farah" balas aku sambil menuruni anak tangga menuju ke kedai dengan sebuah senyuman.

18 September 2012

PETA PALESTIN TIADA LAGI DI GOOGLE?

Sekadar pemberitahuan kepada yang tidak mengetahui.

Semoga Nama Palestin tidak hilang dikaca mata dan peta pengetahuan anak-anak umat ISLAM kini dan yang akan datang.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu". (Al-Baqarah ayat 120)




- Cakna Palestin-

9 September 2012

BESTNYER TIDO!

NIKMATNYA TIDUR DALAM KELAS
Kita sedia maklum bahawa,

1/3 daripada ruang perut adalah dikhaskan untuk Air..

1/3 lagi untuk makanan dan..

1/3 untuk udara

Tetapi, nisbah 1/3 ini juga adalah sinonim bagi waktu, dimana

1/3 waktu kita adalah untuk TIDURR

1/3 pula untuk bekerja dan

 1/3 lagi untuk berangan..

8 September 2012

HARGA SEKUNTUM BUNGA


Status fb aku :