9 Januari 2013

LAUKANA BAINANA

LAUKANA BAINANA - (Seandainya Rasulullah Berada Di Antara Kita)




 Lagu yang menjadi tema Rancangan "Lau Kana Bainana". Satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. 

Kalau rasa-rasa tak kenal lagi kekasih Allah selaku pemimpin ulung kaum muslimin dah lupa akan insan yang bernama Muhammad, aku sarankan korang tengok la rancangan nie. Biarlah ada rasa sayang dalam diri akannya. Ambil tahu sunnahnya dan kenali akhlaknya. Tak akan ada manusia sesempurna akhlak Nabi kita Muhammad s.a.w. Kalau nabi sangat merindui umatnya yang tidak pernah diketahui di akhir zaman, kenapa kita yang tahu akan pengorbanan baginda tidak mampu merinduinya walau sedikit. Sangat rugi bagi kita yang bergelar muslim.

26 Disember 2012

Cuti yang BEST sangat ke?

'' Kak Alifah, peserta kurang lagi sorang, akak leh tolong dapatkan lagi sorang tak pesserta perempuan?" - aku selaku urusetia pendaftaran TOT

" kak Alifah, macam mana games untuk geng-geng helwa untuk riadah TOT nanti? da decide? '' - aku selaku PIC bahagian riadah

" Alifah, awak da siapkan kertas kerja fabircation layup dan wet layup repair? Saya nak sambung dengan JPU pulak" - aku mengmbil upah menaip modul dari lecturer


" Kak, esok kita kutip barang kitar semula ngan notes dari lecturer eh. Lepas tu jumpa dean nak mintak sign untuk proposal  'China' pulak" - aku selaku timbalan pengarah program

"Kak, esok kite ada appointment ngan KPT, nak mintak budget, Sir hafiz kata pukul 9 pagi jumpa kah HEM."-aku perlu berjumpa seseorang mencari dana untuk program ke china

23 Disember 2012

21 Disember 2012

My Day Without Blogging..

Assalamualaikum

It's been a long time coming,
Finally, aku berjaya melawan  nafsu malas untuk berblogging..
By that, aku nak cerita apa aku wat sepanjang tak berblogging..


MENUNGGANG KUDA

Antara benda yang aku nak sangat buat dalam hidup. Actually ada 3. Menunggang kuda, memanah dan naik glider. So, untuk menunggang kuda tu dah achieve. Walaupun tak boleh nak wat canter dan trot, dapat walk pun ok la. Alhamdulillah, bila ada kenalan yang belajar kuda dan kenal owner stable, so dapatlah naik kuda free. Seronoknyer! Dapat free naik kuda, lepas tu  boleh datang bila-bila masa je. Every week, kita orang akan pergi stable untuk naik kuda.Lagi seronoknya bila stable tu dekat pulak dengan tempat aku blajar. Peh! rase heaven. Ada jugak abg pilot yang datang training menunggang, tapi out of my things to do list.^^

yeeha

24 Oktober 2012

SELAMAT BER'EXAM' wahai PARA PENIRU


PMR sudah selesai,

UPSR jauh sudah ditinggalkan,

Tetapi..

Tidak pula bagi SPM, 

Masih ada masa buat persiapan,

All the best to all participant..


Tak lupa juga kepada warga MIAT yang kini sedang hangat mengharungi kuiz dan test . Semoga mendapat kejayaan yang diharapkan. Dalam pada diri menempuh liku-liku hidup sebagai pelajar, fasa kritikal seperti kuiz dan test, adalah suatu fasa yang menjengkelkan. Ada beberapa perkara yang sering terjadi dan selalu dibuat oleh sang pelajar. Perkara ini boleh dijelaskan melalui perbualan seperti dibawah:

Seusai kelas 'Law of Contract', Madonna (bukan nama sebenar) mendekati Madhuri (bukan nama sebenar) yang duduk di sebelahnya. Sepertinya Madonna ingin menuturkan sesuatu kepada Madhuri.

" Kak Madhuri, tadi masa saya habis jawab exam saya terus keluar la kan, otw keluar tu saya nampak ramai budak yang buka buku meniru kak.." kata Madonna kepada Madhuri

Happy Fasing & Eid Adha Mubarak


Abu Qatadah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim : 1983]




16 Oktober 2012

ABAHKU YANG OSEM!


" Cubalah kalau keluar nak pergi mana-mana bagi tahu mak or abah, kalau jadi ape-ape macam maner. Abah bukan marah kat korang, dia marah mak..mak yang kena" Marah mak aku pada aku.

Itu antara dialog yang mak aku selalu guna kalau dia marah kat anak-anaknya. Mak dan abah aku mempunyai 2 perwatakan yang berbeza. Mak aku seorang yang outspoken dan lazer. Biasalah kan cikgu. Mestilah garang. Abah pulak seorang yang pendiam.  


Jarang aku nampak abah marah pada aku adik beradik. Last time aku nampak abah marah gila-gila masa umur aku 6-7 tahun. Masa tu dia marah adik lelaki aku yang balik tengah malam. Dia amik meja kopi nak baling kat adik aku. Kami adik beradik just tengok dari bilik. Nasib baik la mak aku ada kat situ. Kalau tak maunye merasa meja terbang dari abah. Macam dalam tv pon ade.

"Abang! dah la tu, istighfar banyak-banyak." Sambil meluru ke arah abah aku lalu memegang meja yang hendak dibaling. 

9 Oktober 2012

AWAS BLOGGER WANITA ANDA DIPERHATI!

ooh..hoo..


Seandainya itu yang berlaku, Apa yang anda perlu lakukan wahai wanita blogger?

Satu: Wat derk je la. Ade aku kesah.

Dua: Bersedia dengan kemungkinan yang datang. Post something yang 'bombastik' lagi artistik. Promote blog ler.

Tiga: Mencari kaedah untuk mengetahui siapakah empunya diri yang memerhati. Bomoh? menggunakan kuasa psikik?

Empat: Berdoa agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Lima: Menari 'gangnam style' tanda suka ada yang memerhati.

Enam: Sedang berfikir nak buat ape.